Terima Kasih, Ya Rabb (part 2)
Sejadah yang bergantungan di tepi almari itu aku angkat. Selesai berwudhuk, aku mencapai telekung di atas katil kemudian menunaikan solat Isyak. Usai memberi salam, aku terduduk. Entah bagaimana aku bangun untuk mengqada’kan solat Maghrib yang aku telah tinggal tadi. Aku bukan seorang yang sering meninggalkan solat. Cumanya aku sering melengah-lengahkan solatku dan jika terlepas, aku susah untuk mengqada’kannya. Di asrama dahulu, segalanya diatur. Solat tepat pada waktunya dan berjemaah di masjid bersama rakan-rakan yang lain. Usai menunaikan solat Maghrib, aku terduduk di atas sejadah. Air mata jatuh berlinangan lagi. Perlahan kemudiannya semakin deras. Aku menadah tangan dan mengadu sehendaknya kepada Yang Maha Esa. ‘Ya Allah, ampunilah segala dosaku. Peliharalah aibku. Peliharalah aku daripada segala maksiat dan godaan syaitan. Kau jauhkanlah aku daripada seksaan api neraka. Ya Allah, sekiranya inilah petunjuk daripada-Mu agar aku berpaling daripada kejahilan dan terus ke a...