Posts

Showing posts from December, 2014

Terima Kasih, Ya Rabb (part 2)

Sejadah yang bergantungan di tepi almari itu aku angkat. Selesai berwudhuk, aku mencapai telekung di atas katil kemudian menunaikan solat Isyak. Usai memberi salam, aku terduduk. Entah bagaimana aku bangun untuk mengqada’kan solat Maghrib yang aku telah tinggal tadi. Aku bukan seorang yang sering meninggalkan solat. Cumanya aku sering melengah-lengahkan solatku dan jika terlepas, aku susah untuk mengqada’kannya. Di asrama dahulu, segalanya diatur. Solat tepat pada waktunya dan berjemaah di masjid bersama rakan-rakan yang lain. Usai menunaikan solat Maghrib, aku terduduk di atas sejadah. Air mata jatuh berlinangan lagi. Perlahan kemudiannya semakin deras. Aku menadah tangan dan mengadu sehendaknya kepada Yang Maha Esa. ‘Ya Allah, ampunilah segala dosaku. Peliharalah aibku. Peliharalah aku daripada segala maksiat dan godaan syaitan. Kau jauhkanlah aku daripada seksaan api neraka. Ya Allah, sekiranya inilah petunjuk daripada-Mu agar aku berpaling daripada kejahilan dan terus ke a

Terima Kasih, Ya Rabb (part 1)

'Maira you free tak malam ni? Keluar jom. I ambik okay?' Aku meletakkan telefon bimbit ke atas katil lalu bergegas untuk bersiap. Aku mencapai kemeja putih Uniqlo dan seluar jeans skinny Levis. Aku kemudian menyarung shawl half moon yang baru aku beli dekat fashion bazaar semalam. Lilit punya lilit, shawl tu potongannya pendek daripada shawl shawl yang aku pernah beli sebelum ini. Bunyi hon di perkarangan rumah menyebabkan aku lebih tergesa-gesa. Alamak! Adam dah sampai. Aku pun membuka laci untuk mencapai stoking tetapi segera aku tutup kembali kerana tidak menjumpai satu pun. Haih mesti Kak Nor terlupa nak masukkan fikir aku. Aku mencapai tumit tinggi di rak kasut, tas tangan di balik pintu dan berlari keluar. Selepas melambai ke arah mama, aku menurunkan tingkap kereta. "Huuuh huuuh," keluhku kepenatan. Adam berpaling ke arah ku. Dilihatnya aku dari atas hingga ke kaki. “You ni tak pernah tak cantik tau,” ujar Adam. Pujian Adam membuatkan aku terse
i'm going to start off fresh. no, it's not a new blog, but i just feel like doing some changes to this blog. i haven't decided yet what to write in this blog. but then if you are going to follow up, thank you so much. much love, d.