Terima Kasih, Ya Rabb (part 1)
'Maira you free
tak malam ni? Keluar jom. I ambik okay?'
Aku meletakkan
telefon bimbit ke atas katil lalu bergegas untuk bersiap. Aku mencapai kemeja
putih Uniqlo dan seluar jeans skinny Levis. Aku kemudian menyarung shawl half
moon yang baru aku beli dekat fashion bazaar semalam. Lilit punya lilit, shawl
tu potongannya pendek daripada shawl shawl yang aku pernah beli sebelum ini.
Bunyi hon di
perkarangan rumah menyebabkan aku lebih tergesa-gesa. Alamak! Adam dah sampai. Aku
pun membuka laci untuk mencapai stoking tetapi segera aku tutup kembali kerana
tidak menjumpai satu pun. Haih mesti Kak Nor terlupa nak masukkan fikir aku. Aku
mencapai tumit tinggi di rak kasut, tas tangan di balik pintu dan berlari
keluar. Selepas melambai ke arah mama, aku menurunkan tingkap kereta.
"Huuuh huuuh," keluhku kepenatan. Adam berpaling ke arah ku. Dilihatnya aku dari atas hingga
ke kaki.
“You ni tak
pernah tak cantik tau,” ujar Adam. Pujian Adam membuatkan aku tersenyum lebar
dan aku mencuit manja tangannya. Adam tidak bercakap banyak sepanjang
perjalanan lalu aku membuka radio. “Allahuakhbar Allahhhuakbar....” Azan
maghrib berkumandang menerusi corong radio. Tanganku tersentak dan aku menoleh
ke arah Adam. Adam tersenyum lalu tangannya cepat cepat menukar ke stesen lain.
Setibanya kami di
Mid Valley, kami berjalan ke arah panggung wayang. Barisan untuk membeli tiket
wayang sangat panjang namun aku dan Adam terpaksa beratur. Semasa beratur, aku
mengalihkan pandanganku ke arah jam tangan Fossil, hadiah daripada Adam sempena
hari jadiku tahun lepas. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Hatiku rasa tidak
sedap. Namun aku biarkan sahaja.
Selepas 15 minit
beratur, akhirnya kami berjaya mendapatkan tiket wayang, filem Inggeris
terbaru, Dear John. Kami mengatur langkah ke arah panggung yang telah
ditetapkan. Aku mengambil tempat di sebelah kiri Adam dan di sebelah kiriku
merupakan seorang wanita bertudung labuh. Apabila tiba saat romantis dalam
filem tersebut, Adam mengalihkan tangannya dan meletakkannya diatas tanganku. Aku
membiarkan sahaja lalu Adam mengeratkan lagi genggamannya. Aku tersenyum.
Ketika dalam
perjalanan pulang ke rumah, aku terdiam. Hatiku sekali lagi berasa tidak sedap.
Haih kenapa dengan aku ni? Nak kata salah makan, tak juga. Hm biar sahajalah.
Adam memberhentikan keretanya dihadapan rumahku. Pergerakanku terhenti untuk
membuka pintu apabila Adam memegang pinggangku. Aku memandang ke arahnya. Adam
menarik aku kembali ke tempat duduk dan aku kemudiannya menutup kembali pintu
kereta disampingku. Tangan kanan Adam beralih ke pin tudung yang aku gunakan
untuk memakai shawl yang tersarung rapi di kepalaku. Dalam satu saat sahaja,
shawl yang tersarung di kepalaku itu terurai. Dengan pantas aku memegang tudung
kepala yang semakin longgar itu. Aku segera mengorak langkah untuk keluar. Sambil
meneruskan langkah ke dalam rumah, air mataku mengalir pantas.
Patutlah hatiku
rasa tidak sedap. Sampai hati Adam ingin mengambil maruahku begitu sahaja. Sampai
hati dia memijak martabat aurat yang selama ini aku pegang. Ya Allah, sampai
hatinya Adam bertindak sebegitu kepadaku. Hati dan perasaan yang aku pegang
untuk Adam selama ini terpadam begitu sahaja digantikan dengan kemarahan yang
membuak-membuak serta kekecewaan yang sangat mendalam. Aku sangka Adam lain
daripada lelaki lain. Aku sangka Adam yang akan menjadi lelaki pertama yang
akan halal melihat auratku. Tetapi aku silap, Adam ingin merampas semua itu
daripada insan yang sepatutnya.
Setibanya di
kamarku, aku terbaring lemah di atas
katil, menangis.
“Adaaaamm....”ujarku
lemah berselang dengan tangisan yang semakin lebat mencurah-curah di pipiku.
Tiba-tiba mama
melangkah masuk. “Maira? Kenapa menangis ni? Adam buat apa dengan Maira?”
Aku bangun. Mama
duduk disamping ku. Aku segera memeluk mama. “Mama....”
“Kenapa ni Maira?
Cuba cerita dengan mama?” ujar mama lembut.
“Adam cuba nak
lihat rambut Maira. Dia.... cuba nak buka tudung Maira tadi...”kataku kepada
mama sambil memeluk mama dengan erat dan menangis lagi.
“Ya Allah, tak
mengapalah Maira. Benda dah lepas. Mama nak Maira tenangkan diri dahulu. Menangis
macam ni tidak akan menyelesaikan masalah. Ni dah solat Isyak ke belum ni? Belum
kan? Nah, pergi solat dulu. Berdoa kepada Allah. Dia Maha Mengetahui, Maira. Mengadulah
pada Dia,” ujar mama dengan tenang sambil mengusap kepalaku.
Comments
Post a Comment