Terima Kasih, Ya Rabb (part 3- final)
if there is anyone who waits for this short story of mine, thank you very much. i really appreciate it. so here it is, the final part.
Pemberian
daripada mama itu sememangnya sesuatu permulaan baru dalam hidup aku. Minggu
hadapan aku akan bertolak ke Tanah Haram. Ya Allah, tiada apa yang boleh
menggambarkan kegembiraan aku pada ketika itu. Tuhan ternyata telah menjawab
doaku. Alhamdulillah.
“Maira,
semua barang dah siap? Jubah? Telekung? Semua cukup eh?” Tanya mama.
“Dah ma,
semua dah settle. Mama jangan lah risau sangat ye,”ujarku tenang. Aku tahu mama
sangat risaukan aku ke sana seorang diri pula tu. Aku berangkat dengan agensi
Haji dan Umrah milik rakan baik papa. Aku ke sana pun menumpang mahram orang
lain. Papa dan mama terlalu sibuk dengan kerja mereka lagipun mereka bercadang
untuk memberi aku peluang untuk bersendirian lebih-lebih lagi apabila aku
sering mengadu kepada mama tentang keinginan aku untuk berubah ke arah lebih
baik.
Pak Man,
pemandu kami menghantar aku ke lapangan terbang. Mama, papa dan Mikhail pun ada
bersama untuk menghantar aku. Di dalam hati, aku berdoa agar suatu hari nanti
aku dapat mengerjakan haji sekeluarga. Sewaktu mengucapkan selamat, mama
menangis. Aku tahu. Mama tidak menunjukkan kepadaku tapi aku tahu mama gembira
kerana satu-satunya anak perempuannya sudah pandai berdikari dan akhirnya akan
berubah ke arah yang lebih baik. Aku tahu itu. Begitu juga papa.
“Okay, ma,
pa, Kail, Maira pergi dulu ye. Korang jangan lah risau kan Maira. Maira okay
je. Nak pergi tanah suci pun ni. Ma, pa, Kail jaga diri ye. Nanti dah sampai
Maira whatsapp,” ujarku lalu berlalu pergi.
Penerbangan
ke sana mengamit perasaanku. Hatiku berasa tenang tapi berdebar. Air mataku
hampir setiap saat bergenang. Kak Ros, pekerja daripada agensi itu yang
diarahkan untuk menemani aku disana sentiasa memegang erat tanganku. Dia tidak
pernah bertanya. Aku tahu pasti dia pernah berhadapan dengan pelbagai jenis
manusia lagi selain aku.
“Allah...”
Hanya itu
yang mampu terkeluar daripada mulutku apabila aku berada di hadapan Kaabah.
Nama yang Maha Mulia itu sahaja yang bermain di bibirku setiap masa. Agungnya
kebesaran Dia. Air mataku berlinangan. Aku menangis selagi tidak mahu. Tidak
pernah hatiku berasa begitu tenang seperti ini. Aku tidak dapat melihat perkara
lain selain daripada ciptaan agung itu di hadapan mataku. Aku terduduk disitu.
Aku menadah tangan berdoa.
“Ya Allah,
ampunilah dosaku.”
Suatu hari,
Kak Ros mengajak aku untuk ke Jabal Rahmah. Kata orang, orang yang ingin berdoa
tentang jodoh, pertemuan semua ke situ. Pada mulanya, aku menolak. Tetapi
selepas dipujuk, aku turutkan sahaja. Ramai sungguh orang disana. Semuanya
menadah tangan berdoa. Ada yang mengerjakan solat sunat. Walaupun ramai, aku
tidak berasa panas atau sesak. Aku masih berasa tenang seperti hari pertama aku
sampai.
Akhirnya,
aku mengambil peluang juga untuk berdoa. Mungkin inilah hikmah disebalik semua
ini. Mungkin inilah takdir aku untuk ke sini supaya aku sendiri boleh meminta
ampun daripadaNya tentang kesilapan aku dan memohon daripadaNya jodoh yang baik
untuk diriku.
“Ya Allah,
tuhanku, ampunilah dosaku. Dosaku yang telah mengaibkan takhta wanitaku. Kau
berikanlah kepadaku jodoh yang terbaik buat ku, yang boleh memimpinku ke syurga
Firdaus mu, Ya Allah”
Dushhhh...
“Allahuakhbar,
maaf ya cik,” kata seorang lelaki.
“Aaaa...dam?”
tersekat-sekat aku bertanya.
“Maira?”
“Adam? Kami
nak balik dah. Adam nak kemana lepas ni? Ke nak balik hotel jugak?” tanya Kak
Ros seperti sudah mengenali Adam.
“Adam balik
sekali dengan Kak Ros lah boleh? Tadi je Adam dah sesat.”ujar Adam.
“Kejap, Kak
Ros kenal Adam...?”tanya ku masih bingung.
“Maira...
Adam ni adik Kak Ros lah. Kak Ros dah lama kenal Maira tau. Maira je tak tahu
pasal Kak Ros. Adam ni hah, ada sekali dalam agensi kita. Maira tak perasan
ye?” terang Kak Ros. Barulah aku tahu sekarang. Sebelum ini Adam tidak pernah
bercerita tentang keluarganya. Setiap kali berbicara tentang keluarga, Adam akan
menukar topik.
“Adam,
Maira, Kak Ros nak telefon van yang agensi kita sewa untuk balik hotel ye, tak
lah penat sangat nak jalan nanti,”ujar Kak Ros.
“Maira...”Adam
memulakan bicara apabila Kak Ros beranjak jauh sedikit. Aku berdiri jauh
sedikit daripada Adam. Dia bukannya mahram aku pun. Lagi kan, dengan insiden
minggu lepas itu, hatiku masih luka. Aku membatu sahaja. Tidak mahu
membangkitkan apa pun diantara kami. Yang sudah terjadi itu, biarlah pergi.
“Maira,
saya minta maaf. Saya tahu saya dah go
beyond limit yang sepatutnya saya tak. Saya tak harap pun awak maafkan
saya. Dan saya tahu perkara semua tak akan jadi seperti dulu balik dan saya pun
tak nak semua tu. Saya tahu saya lelaki jahat. Dan kalau saya tersentuh awak,
saya pun takkan maafkan diri saya. Biarlah tanah suci ni menjadi saksi betapa
menyesalnya saya rapuhkan kesucian aurat yang awak jaga. Saya pergi dulu,
assalamualaikum,” Itu yang terkeluar daripada mulut Adam.
Air mata
aku jatuh jua ke tanah suci itu. “Waalaikumussalam....”
“Maira,
Adam mana? Mari, kita balik ke hotel?” ujar Kak Ros sudah mengagak bahawa ada
sesuatu yang Adam katakan kepada Maira.
Kepulangan
aku di rumah disambut mesra oleh mama, papa dan Mikhail. Hari-hariku selepas pulang
daripada tanah suci sangat bermakna. Tudung labuh, jubah dan stoking sudah
menjadi pakaian harian aku. Masa lapang yang kosong daripada kuliah aku
habiskan dengan ceramah-ceramah di masjid dan bersama ahli-ahli usrah yang
lain. Alhamdulillah.
Esok sudah
bermula cuti semester. Aku bercadang untuk ke rumah anak-anak yatim untuk
meluangkan hujung minggu bersama mereka disamping menyiapkan assignments yang berlambak-lambak tu.
Tak sabar nak jumpa mama, papa dan Mikhail!
“Maira,
cuti semester ni Maira nak buat apa? Duduk rumah habiskan assignments je?”tanya mama selesai aku menunaikan solat fardhu
Maghrib dan masih duduk di atas sejadah.
“Maira
ingat nak pergi Titian Kasih luangkan masa kat sana hujung minggu, takpun pergi
volunteer kat masjid. Hari biasa
Maira duduk rumah, hantar Kail pergi sekolah, masak untuk mama papa atau join usrah Kak Nini ke,”ujar aku kepada
mama.
Mama hanya
tersenyum kecil dan membuka mulut seperti mahu bertanya. Kemudian mama diam.
Seperti ada sesuatu berat yang ingin mama sampaikan. “Maira, kalau mama tanya
something boleh?”
“Eh, kenapa
pulak tak boleh mama? Tanya lah. Kenapa?” kataku semakin ingin tahu apa yang
mama ingin tanyakan.
“Maira dah
24, dah besarkan?” tanya mama seperti mahu berteka-teki. Aku sepertikan sudah
mengagak apa yang mama katakan. Aku hanya mengangguk.
“Kalau ada
orang datang merisik, Maira terima tak?” tanya mama serba salah.
Aku
mengeluh panjang dan kemudian aku terfikir, sewaktu di tanah suci tempoh hari,
aku berdoa kepada tuhan tentang jodohku, mungkin ini jawapanNya? Lagipun, mama
dan papa pasti mahukan terbaik buatku. Aku tidak mahu melakukan kesalahan yang
sama lagi jika aku membuat pilihan sendiri. Lagipun, mungkin dengan cara ini,
aku boleh melupakan seorang yang bernama Adam.
“Mama,
Maira redha. Kalau ini jodoh Maira, Maira terima. Mama dan papa tahu apa yang
terbaik untuk Mairakan? Maira tak kisah. Tapi, satu je syarat nya,” kataku
kepada mama sambil tersenyum.
“Apa dia,
Maira?” tanya mama, sangat gembira seperti sudah tidak sabar.
“Maira akan
tunang dulu beberapa bulan dan tahun depan baru kahwin lepas Maira grad, okay?” tanyaku.
Mama
tersenyum lebar dan mengangguk. Aku tidak mahu tahu siapakah orangnya. Biarlah
semuanya menjadi keputusan mama dan papa. Mikhail kata orang tidak sekacak
Adam, tidak sekaya Adam dan tidak sesegak Adam. Tetapi dia alim. Wallahualam.
Aku hanya bersyukur orangnya bukan Adam. Ke? Aku pun tidak pasti. Walau masih
ada rasa sayang dalam hati ini, aku tahu aku tidak boleh menerima Adam. Tetapi
pahit untuk aku menelannya. Lebih-lebih lagi dengan apa yang dia katakan di
tanah suci tempoh hari. Lagipun, kali terakhir aku dengar tentangnya adalah
apabila Kak Ros terlepas kata bahawa dia akan bernikah dengan rakan
universitinya. Aku hanya mampu doakan yang terbaik.
Selepas
menunaikan solat Subuh, aku duduk berteleku di sejadah, berfikir sejenak
tentang surat yang diberi oleh tunangku melalui mama. Semua orang berasa hairan
dengan keadaanku yang sendiri tidak tahu dengan siapa aku bertunang. Dengan
siapa aku diikatkan ini. Dua hari lagi kami akan dinikahkan dan aku masih tidak
tahu dengan siapa aku akan berkahwin. Semua orang hairan dengan tindakan aku
yang menyerahkan 100 kepada mama dan papa. Ah, aku tidak kisah. Aku tahu mama
dan papa akan beri yang terbaik, daripada segi rupa, keturunan mahupun
akhlaknya. Biarlah. Nanti aku tahu jugak.
Surat itu
aku tenung lama. Surat daripada tunang aku sendiri. Mahukah aku baca? Apakah
kandungannya?
‘Assalamualaikum
Maira.
Saya rasa
Maira tahu siapa saya. Sebelum tu, saya nak bagitau, saya masih belum
berkahwin. Apa yang Kak Ros katakan tu cuma supaya awak tak tahu bahawa saya
ialah saya. Awak fahamkan? Tapi sampai sekarang awak tak tahu dengan siapa awak
ditunangkan. Dan saya rasa perkara itu tidak adil untuk awak. Kalau awak nak
tarik diri daripada perkahwinan ni, saya redha. Saya juga faham. Mama dan papa
tidak terus memilih saya apabila saya datang merisik awak. Tapi saya yang
meyakinkan mereka bahawa saya ingin menjadikan awak suri dalam hidup saya. Saya
ingin menjadi lelaki yang akan tunggu awak di pintu syurga, insyaallah. Maira,
awak tau tak, nama awak yang saya titipkan dalam doa saya ketika di Jabal
Rahmah dan selepas melakukan istikharah, Allah sudah tunjukkan bahawa awaklah
jodoh saya. Saya masih sayangkan awak. Dan ya, memang saya ingin menjadi yang
pertama yang halal untuk melihat rambut awak dan menjadi satu-satunya lelaki
yang menjadi pemimpin dan pelindung awak. Saya ingin menjadi imam awak Maira.
Sudi tak awak menjadi makmum saya?’
Air mata
aku jatuh serta-merta.
Doaku sudah
terjawab.“Terima kasih, Ya Rabb,”
Dyls! So sweeeeeet
ReplyDelete