manusia part time buat kerja Allah?
pernah tak dengar orang kata, "bertudung labuh itu tak semestinya baik, tapi yang baik itu semestinya bertudung labuh." mentaliti orang kita sekarang, bila nampak je perempuan itu bertudung labuh, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah dia itu ustazah, alim, hafizah Al-Quran, pengetahuan agamanya luas. jadi, yang free hair, yang rambutnya karat tu perempuan tak baik kah? jadi apa sebenarnya definisi kita untuk orang yang baik? orang yang kuat solat, orang yang hafaz Al-Quran, orang yang banyak sedekah, orang yang tutup aurat? jadi, apa pula definisi orang yang solat tapi tidak menutup aurat? orang yang solat tapi tidak menjaga ikhtilat? adakah orang sebegitu didefinisikan sebagai jahat?
Allah dah cakap dalam Al-Quran, dalam Surah Al-Ankabut ayat 45, "dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah kemungkaran daripada perbuatan keji dan mungkar." bila baca ayat ni, kita mesti tertanya-tanya, kenapa dia solat, tapi dia tidak menutup aurat ketika diluar solat. kenapa dia solat, tapi dia bercouple? kenapa dia solat, tapi dia derhaka kepada mak ayah dia? adakah solat dia tidak ikhlas? adakah solat dia tidak sempurna? tapi, bila Allah dah kata bahawa solat itu boleh mencegah kemungkaran, kepada kita yang masih lakukan perkara yang Allah larang ni, mungkin solat kita tak sempurna.
jadi, berbalik kepada cerita asal, perempuan bertudung labuh. bila seseorang perempuan itu bertudung labuh, alim kah dia? ustazahkah title nya? meh lah kita fikirkan sama-sama. bukankah akhlak dan aurat itu dua aspek yang berbeza walaupun somehow akan bersangkut paut jugak? jadi, kalau seseorang perempuan itu tidak bertudung labuh, tidak alim kah dia? boleh jadi, perempuan yang bertudung labuh itu ikhtilatnya kurang diambil perhatian, dan perempuan yang bertudung pendek itu begitu jaganya dia kepada ikhtilat antara lelaki perempuan. jadi, siapakah yang lebih baik?
jadi, kesimpulannya sebenarnya, siapalah kita ni untuk buat kerja Allah? siapa kita untuk mengadili orang lain? layakkah itu untuk menjadi hakim kepada orang lain? cukup sempurnakah ibadah kita? cukup tinggikah iman kita disisi Allah? kalau perempuan itu tidak menutup aurat tetapi solat, menjaga ikhtilat dan lain lain, dia sudah terlepas dosanya dalam mendirikan solat dan bab ikhtilat. tetapi kalau perempuan itu menutup aurat dengan sempurna, solatnya terjaga, tetapi ikhtilat nya lemah, maka dosanya pada aurat dan solat itu terlepas.
cuma, bezanya, perempuan bertudung labuh ini mencerminkan sifat mukmin. kalau misalnya, ikhtilatnya lemah, maka Islam akan dipandang rendah oleh orang lain. kerana apa? kerana itulah mentaliti manusia yang lemah. kita mudah membuat kesimpulan. sibuk nak part time buat kerja Allah. padahal, Islam itu cukup sempurna, yang merosakkan Islam itu orang-orang yang sangat tidak sempurna.
tapi apapun, sama-sama lah kita perbaiki diri kita masing-masing, buka pemikiran, tingkatkan iman untuk kejar redha Allah! insyaallah, amin.
p/s: if you're a girl. mind answering these few questions?
love, d.
Comments
Post a Comment