bila cinta didusta, hati mula gelisah
dah lama sangat rasanya tak post apa apa dekat sini. jap eh nak tiup habuk yang dah bertimbun ni (trying hard blogger mitai huhu) first of all, nak tanya sihat ke imaginary readers ku? apa habaq semua? macam mana hidup? macam mana iman? (amboi usrah mana ni, hihi gurau) jadinya macam ni, susah sebenarnya aku nak allocate masa nak post kat blog ni al maklum lah busy bebenor. sebelum tu, nak minta maaf laju-laju sebab tulis blog post dalam bahasa melayu and kalau terkeluar nihongo sikit sikit. bukan apa, nihongo aku pun tak hebat mana pun cuma, level english aku semakin down, kadang tu ada perkataan ingat nihongo nya je tapi english, melayu nya kat mana tah. so, balik kepada kenapa aku gigih karang ayat harini adalah kerana, aku nak cerita pasal dugaan. sebab benda ni of course lah kan jadi kat aku, tapi aku nak benda yang jadi kat aku boleh jadi ibrah untuk orang lain jugak. amin.
so, for muqadimahnya, aku nak tanya, korang pernah tak rasa ada satu masa tu semua datang bertubi-tubi and korang rasa macam dah tak solution lain dah. korang rasa macam nak give up and just nangis puas puas and harap ada kuasa ajaib yang boleh bantu (okay tu over) tapi haa tulah. pernah tak rasa? jadinya, somehow around this week, that happened to me. to be honest, im seriously out of money (tapi sebab nafsu yang bergelodak jugak jadi salah sendiri), and it happened to be that i felt everyone was annoyed with me, seriously being pressured because happened to be in the same class as the most tensai dalam batch, physical insecures and of course masalah bleep test (masyaallah petang karang ada bleep test, doakan aku lulus, serendah rendah level 5!), masalah iman dan hati and much more. jadinya at some point, aku rasa macam nak give up. sebab aku rasa aku fail in everything. in being a student, a muslim, in every aspect that i am. tapinya, hujung minggu lepas, balik usrah, time buat homework, aku dengar ceramah nouman ali khan kat youtube. then, dia kata, ada benda yang berlaku itu atas salah kita sendiri, and kita tak boleh salahkan orang lain atau Allah bila kekka dia tak seperti yang kita nak. contohnya, bila esok ada test, tapi kita langsung tak sentuh buku, then kita fail. jadinya, itu memang salah kita kan. tapi, ada certain benda yang memang Allah dah cakap benda tu jadi, so kau buat lah apa sekali pun benda tu tetap terjadi dan itulah namanya dugaan untuk kau in order untuk jadi muslim yang terbaik. jadinya kat sini, everything yang jadi itu memang ada sebab dia. tak kisah lah penyebab nya adalah salah kau sendiri atau memang dah tertulis sejak azali. sebab kalau benda benda tu tak terjadi, mungkin kita yang sekarang bukan kita yang sekarang (cliche and sedikit pelik ayat tu tapi itulah hakikatnya). since that, aku ajar diri aku untuk bersyukur. apa pun yang berlaku, sangka baik dengan Allah. Allah tau kau sedih, Allah tau kau dalam kesusahan. Cuma Allah nak tau, kau datang tak kat Dia bila kau dalam keadaan macam tu. Wallahualam.
P/s: post kali ni tak bertujuan tarik mana mana penerbit pun untuk aku tulis buku mahupun untuk join team tarbiah sentap, tapi aku just nak imaginary readers aku yang dalam kesempitan dan kesusahan macam aku, dapat kebaikan bersama hihi. (plus tajuk post pun takde kena mengena haha kbye)
ni nak kongsi kegembiraan bbq minggu lepas rindu semua 💕
Assalamualaikum, love,
d.
Nak tau title for the ceramah boleh? Thanks in advance! ^^
ReplyDeleteAnd may Allah ease ur journey :)
Hi. Im not really sure ceramah yang mana satu sebab i always type je dekat youtube and dengar je yang mana mana but this one maybe 'stop complaining & be grateful (juz 13)' and your welcome, amin, jazakallah ����
DeleteSis, nak tips cemerlang dalam exam dunia dan akhirat please. Thank you. ��
ReplyDeleteassalamualaikum and hello there! hmm kalau nak mintak tips exam dunia and especially exam akhirat, haha macam ada ramai lagi yang lebih layak. but, if its for me, i would say, letakkan harapan kita setinggi-tingginya pada Allah. with only that, we can survive, both in dunia and akhirat. sebab with that, comes effort and semuanya. insyaallah, lets do our best! :)
ReplyDelete