some mood-lifting worth reading; did it ever cross our mind that who we are now are because of our own choices? maybe in some cases, people said that they don't have any choice left that they have to make a decision even when they don't like it. but do you know that you still take that choice? you still make that decision. on your own. it is still a choice. no matter how much you don't like it. do not regret anything. because you are the one who makes it. there's no one to be blamed on how it turns out to be; the outcomes. if you are disappointed on who you are now its because you didn't make the right choice. if you are happy with your life now, then the choice you make is no better. there's no reason to hate who you are. don't be afraid to make a choice and its never too late to make a better choice. so, carpe diem; seize the day. live your life to the fullest, because it's your life. fin. love, d .
Posts
Terima Kasih, Ya Rabb (part 3- final)
- Get link
- X
- Other Apps
if there is anyone who waits for this short story of mine, thank you very much. i really appreciate it. so here it is, the final part. Pemberian daripada mama itu sememangnya sesuatu permulaan baru dalam hidup aku. Minggu hadapan aku akan bertolak ke Tanah Haram. Ya Allah, tiada apa yang boleh menggambarkan kegembiraan aku pada ketika itu. Tuhan ternyata telah menjawab doaku. Alhamdulillah. “Maira, semua barang dah siap? Jubah? Telekung? Semua cukup eh?” Tanya mama. “Dah ma, semua dah settle. Mama jangan lah risau sangat ye,”ujarku tenang. Aku tahu mama sangat risaukan aku ke sana seorang diri pula tu. Aku berangkat dengan agensi Haji dan Umrah milik rakan baik papa. Aku ke sana pun menumpang mahram orang lain. Papa dan mama terlalu sibuk dengan kerja mereka lagipun mereka bercadang untuk memberi aku peluang untuk bersendirian lebih-lebih lagi apabila aku sering mengadu kepada mama tentang keinginan aku untuk berubah ke arah lebih baik. Pak Man, pemandu kami menghan...
new year, new me- JADYPM
- Get link
- X
- Other Apps
happy new year everyone! yay for me being 18? well, i don't feel any differences. [except for 18+ movies at the cinema, yay] so, i'm looking forward to a better year. i hope the first year as a school-leaver will be an opening to a great one. i haven't figure out any new resolution besides last year's; losing weight and get straight As [plus having an iPhone]. so, my new year's resolution for this year is to complete last year's resolutions- just like any other year. okay, actually this post is not just for the new year, but i actually wanted to share my experience during my interview the day before yesterday for Japanese Associate Degree program under Yayasan Pendidikan Mara (JADYPM). i really really hope this post will actually help the future batch of 98' or any other batch after this, ye adik adik. so, here it is. first thing first, you will definitely receive a text message from the people from YPM something like this; 'NUR ADILAH BINTI NOR...
Terima Kasih, Ya Rabb (part 2)
- Get link
- X
- Other Apps
Sejadah yang bergantungan di tepi almari itu aku angkat. Selesai berwudhuk, aku mencapai telekung di atas katil kemudian menunaikan solat Isyak. Usai memberi salam, aku terduduk. Entah bagaimana aku bangun untuk mengqada’kan solat Maghrib yang aku telah tinggal tadi. Aku bukan seorang yang sering meninggalkan solat. Cumanya aku sering melengah-lengahkan solatku dan jika terlepas, aku susah untuk mengqada’kannya. Di asrama dahulu, segalanya diatur. Solat tepat pada waktunya dan berjemaah di masjid bersama rakan-rakan yang lain. Usai menunaikan solat Maghrib, aku terduduk di atas sejadah. Air mata jatuh berlinangan lagi. Perlahan kemudiannya semakin deras. Aku menadah tangan dan mengadu sehendaknya kepada Yang Maha Esa. ‘Ya Allah, ampunilah segala dosaku. Peliharalah aibku. Peliharalah aku daripada segala maksiat dan godaan syaitan. Kau jauhkanlah aku daripada seksaan api neraka. Ya Allah, sekiranya inilah petunjuk daripada-Mu agar aku berpaling daripada kejahilan dan terus ke a...
Terima Kasih, Ya Rabb (part 1)
- Get link
- X
- Other Apps
'Maira you free tak malam ni? Keluar jom. I ambik okay?' Aku meletakkan telefon bimbit ke atas katil lalu bergegas untuk bersiap. Aku mencapai kemeja putih Uniqlo dan seluar jeans skinny Levis. Aku kemudian menyarung shawl half moon yang baru aku beli dekat fashion bazaar semalam. Lilit punya lilit, shawl tu potongannya pendek daripada shawl shawl yang aku pernah beli sebelum ini. Bunyi hon di perkarangan rumah menyebabkan aku lebih tergesa-gesa. Alamak! Adam dah sampai. Aku pun membuka laci untuk mencapai stoking tetapi segera aku tutup kembali kerana tidak menjumpai satu pun. Haih mesti Kak Nor terlupa nak masukkan fikir aku. Aku mencapai tumit tinggi di rak kasut, tas tangan di balik pintu dan berlari keluar. Selepas melambai ke arah mama, aku menurunkan tingkap kereta. "Huuuh huuuh," keluhku kepenatan. Adam berpaling ke arah ku. Dilihatnya aku dari atas hingga ke kaki. “You ni tak pernah tak cantik tau,” ujar Adam. Pujian Adam membuatkan aku terse...